Inter Milan kembali berkeyakinan

Martinez meraikan jaringan pendahuluan Inter ketika menentang Slavia Prague pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Sinobo. - Foto: AFP
Martinez meraikan jaringan pendahuluan Inter ketika menentang Slavia Prague pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Sinobo. - Foto: AFP
A
A
A

Inter Milan kembali mempamerkan corak permainan menyakinkan ketika melakar kemenangan 3-1 ke atas Slavia Prague sekali gus menebus keputusan seri di Stadium Giuseppe Meazza pada pusingan pertama saingan Liga Juara-Juara sebelum ini.

Pengendali Inter Milan, Antonio Conte berkata, beliau berpuas dengan penampilan kali ini yang disifatkannya lebih berkeyakinan berbanding perlawanan pertama pada 18 September lalu.

Menurutnya, pemain-pemainnya mempamerkan karakter menakjubkan dengan semangat berpasukan tinggi bagi melakar kemenangan.

"Saya kecewa dengan keputusan seri 1-1 ketika aksi di San Siro sebelum ini, kali ini pemain-pemain sudah bersedia awal kerana memahami lawan yang bakal mereka berdepan.

"Pemain penyerang melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang apabila berdepan dengan Slavia Prague dan saya amat gembira dengan keputusan ini," katanya.

Pada aksi Stadium Sinobo itu, dua gol jaringan Lautaro Martinez dan satu dari Romelu Lukaku memberikan Nerazzurri kemenangan kedua selepas lima perlawanan yang sekali gus mengekalkan kelab itu dalam persaingan Kumpulan F kelompok 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Martinez membuka jaringan pada minit ke-19 sebelum Tomas Soucek menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti minit ke-37.

Lukaku kembali meledak gol kedua tuan rumah sebelum Martinez melengkapkan kemenangan pada minit ke-88.

Artikel Berkaitan: