"Tidurlah sayang... Rehatlah sayang..."

Ainul Mardhiah meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
Ainul Mardhiah meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
A
A
A

ANAK kepada pelawak, Ali Puteh iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah, tiga bulan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 pagi tadi akibat komplikasi paru-paru dan masalah injap jantung terbalik di Hospital Serdang.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, menerusi akaun Instagramnya.

"Anak saya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah sudah kembali kepada penciptaNya. Sedekahkan al-Fatihah buat anak syurga ini. Tunggu walid dan ibu di sana.

"Tidurlah sayang... Rehatlah sayang... Syurga tempatmu sayang. Allahuakbar," tulisnya di Instagram.

Tambah Ali, jenazah Ainul dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Pusu, Gombak, selepas Asar nanti.

Ainul Mardhiah sebelum itu menjalani pembedahan untuk membetulkan masalah injap jantung terbalik pada 11 November lalu.

Bagaimanapun selepas 12 jam di dalam dewan pembedahan, doktor memaklumkan anaknya itu mengalami komplikasi pada paru-paru dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.

Ali reda dengan pemergian anak keduanya selepas tiga bulan berdepan dengan masalah jantung.
Ali reda dengan pemergian anak keduanya selepas tiga bulan berdepan dengan masalah jantung.

Anak kedua daripada dua beradik itu dilahirkan pada 6 Ogos lalu, bagaimanapun hanya selepas beberapa hari dilahirkan, baharu Ainul dikesan dengan masalah jantung.

Artikel Berkaitan:

Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 2 tahun. Ali mendirikan rumah tangga dengan Melati Fitri Abdullah, 29, pada 28 Mei 2016.