Gempa bumi kuat landa Laut Maluku Utara

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran Laut Maluku Utara pada 1.27 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, jabatan itu berkata, pusat gempa adalah 189km dari utara Ternate, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun, tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: