'Sedih lihat jenazah dibawa naik bot'

Jenazah dibawa menggunakan bot APM untuk kepulauan di Sandakan. - Foto Abam Botak
Jenazah dibawa menggunakan bot APM untuk kepulauan di Sandakan. - Foto Abam Botak
A
A
A

SANDAKAN - Pengalaman melihat kedaifan masyarakat menguruskan jenazah ahli keluarga menginsafkan seorang pemuda yang mengambil keputusan menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak tahun lalu.

Yunizam Yusop kini sudah membantu menghantar ribuan jenazah termasuk tempat paling jauh dari Sandakan ke Tenom dengan jarak kira-kira 500 kilometer.

Yunizam yang dikenali sebagai Abam Botak memuat naik status di Facebooknya menggambarkan kepayahan penduduk yang tinggal di pulau menguruskan jenazah orang tersayang menggunakan bot dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, Sabah.

Abam botak melalui kiriman gambar berkenaan memberitahu, selepas membawa jenazah menggunakan van, khidmat bot pula digunakan tetapi tidak berkongsi lokasi pulau terbabit.

Selepas membawa jenazah menggunakan van, khidmat bot pula digunakan.
Selepas membawa jenazah menggunakan van, khidmat bot pula digunakan.

"Kalau tengok secara kasar memang tidak sesuai gunakan bot tersebut untuk angkat jenazah. Tiada ruang dan tempat yang sesuai. Waris terpaksa pangku jenazah atas riba dengan duduk disiring bot sahaja.

"Bahaya ba begitu! silap hari bulan boleh terjatuh sama jenazah tu dalam laut," kongsinya.

Melihat kesukaran itu, pemuda berusia 31 tahun berhasrat untuk menyediakan bot jenazah kelak.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa perlu ada bot jenazah jugalah. Sedih tengok jenazah diangkat dan dipegang begitu sahaja di atas bot. Biasanya setiap pulau ada bot wakaf yang disediakan tapi apa boleh buat mungkin bot itu saja yang mereka ada.

"Saya lupa tanya ke pulau mana hendak dihantar jenazah tadi. Nasib baiklah ada tikar dan sarung ditinggalkan oleh waris terdahulu digunakan untuk mengalas dan tutup jenazah tu tadi.

"Terima kasih abam APM kerana membantu!" katanya.

Yunizam Yusop kini sudah membantu menghantar ribuan jenazah termasuk tempat paling jauh dari Sandakan ke Tenom dengan jarak kira-kira 500 kilometer.
Yunizam Yusop kini sudah membantu menghantar ribuan jenazah termasuk tempat paling jauh dari Sandakan ke Tenom dengan jarak kira-kira 500 kilometer.

Rata-rata netizen menyokong usaha Yusnizam kerana ia juga satu keperluan utama untuk penduduk di kepulauan.

Kata Puteri Walid II, "Ya benar tu kena ada pengangkutan air khas untuk jenazah juga."

Menurut, Caplie Fry, APM Sabah khusus di Sandakan juga perlu menyediakan bot lebih besar pada masa akan datang.

"Alhamdulilah semoga segala bantuan di rahmati ALLAH SWT... buat anggota APM dan abang botak teruskanlah bantuan sebegini. Insya-ALLAH pahala menanti kalian.

"Dan mungkin bot APM juga perlu di tambah untuk APM Sandakan sebab kalau di Kota Kinabalu APM memiliki bot besar," katanya.