Remaja Palestin ditahan, dibawa keliling bandar dengan mata ditutup

Idris ditahan dan dibawa mengelilingi bandar Hebron dalam keadaan mata diikat.
Idris ditahan dan dibawa mengelilingi bandar Hebron dalam keadaan mata diikat.
A
A
A

HEBRON - Seorang remaja Palestin berusia 13 tahun ditahan tentera Israel dan dibawa mengelilingi bandar Hebron dalam keadaan mata tertutup, lapor badan hak asasi manusia B’Tselem.

Insiden berlaku pada pagi 3 November lalu apabila pasukan keselamatan Zionis menahan ‘Abd a-Razeq Idris, 13, dari kejiranan Abu Jales di Tebing Barat.

Menurut laporan B’Tselem, mangsa dipaksa menaiki sebuah jip, mata ditutup dan dibawa ke kejiranan lain sejauh kira-kira 1 kilometer dari rumahnya.

"Saya sangat takut dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya duduk di dalam jip tanpa berkata apa-apa. Salah seorang tentera menampar dan menendang saya.

"Dia bercakap dalam bahasa Ibrani dan saya tidak faham apa yang dia katakan," kata Idris.

Apabila bapa remaja itu tiba, anggota yang menahannya enggan melepaskan Idris sebaliknya membawa dia ke pos tentera di Kiryat Arba dan menipu bapa mangsa dengan memberitahu anaknya telah dihantar ke balai polis.

Difahamkan, Idris disoal siasat tentang pembaling batu dan dihantar pulang sekitar jam 2 petang (waktu tempatan).

B’Tselem menyifatkan kes tersebut sebagai keganasan rutin terhadap penduduk Palestin di Hebron oleh tentera Israel dan pendatang haram termasuk serangan fizikal, ancaman dan penahan palsu kanak-kanak erta orang dewasa. - Agensi

Artikel Berkaitan: