Kerajaan berhak tentukan tender terbuka atau terus

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan berhak untuk menentukan sama ada pemberian tender Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) secara terbuka ataupun terus.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pemberian tender secara terus termaktub dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Kita boleh ada cara terbuka atau rundingan terus.

“Kita boleh tentukanlah syarat-syarat rundingan terbuka, syarat-syarat tender,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mendakwa amalan salah guna kuasa berlaku susulan tindakan kerajaan membatalkan pemilihan tiga kontrak berkaitan padi melalui tender terbuka membabitkan nilai lebih RM1 bilion.

Tender tersebut dibatalkan dan dianugerahkan kepada Nafas secara terus.

Artikel Berkaitan: