Lelaki maut jatuh flat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki maut terjatuh dari sebuah flat di Taman Tun Teja Rawang di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, individu terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlungkup dan mengalami kecederaan di kepala.

"Mangsa memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek warna coklat serta memakai sandal. Mangsa belum dipastikan jatuh dari tingkat berapa," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan tiada sebarang perkara mencurigakan di setiap tingkat balkoni tempat kejadian.

"Balkoni bangunan sembilan tingkat ini adalah kawasan terbuka.

"Keluarga mangsa telah dikesan dan hasil temubual menyatakan mangsa tidak ada sebarang masalah keluarga atau lain-lain perkara mencurigakan," katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: