Penunjuk perasaan Hong Kong masih bertahan di PolyU

Penunjuk perasaan tidur di dalam gimnasium di kampus PolyU susulan pertempuran dengan pihak polis. - Foto: AFP
Penunjuk perasaan tidur di dalam gimnasium di kampus PolyU susulan pertempuran dengan pihak polis. - Foto: AFP
A
A
A

HONG KONG - Berpuluh penunjuk perasaan masih bertahan di Universiti Politeknik Hong Kong (PolyU) sehingga semalam susulan pertempuran dengan pihak polis yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Dilaporkan kira-kira 50 penunjuk perasaan berada dalam premis PolyU selepas ratusan yang lain melarikan diri berikutan situasi yang semakin buruk dan amaran bahawa pihak polis berkemungkinan akan menggunakan peluru hidup.

Menurut seorang pegawai PolyU, 20 pelajarnya merupakan antara yang masih bertahan di universiti terbabit.

Penunjuk perasaan prodemokrasi yang menawan PolyU, sejak Ahad lalu menggunakan pelbagai senjata ketika menentang pihak berkuasa antaranya Motolov cocktails, batu-bata dan juga anak panah.

Sementara itu, penunjuk perasaan dilaporkan membentangkan isyarat SOS di satu kawasan terbuka bertujuan untuk meminta bantuan.

Seorang penunjuk perasaan berusia 20 tahun bernama Ken berkata, bekalan makanan dan minuman semakin berkurangan.

Isnin lalu, sekumpulan penunjuk perasaan berjaya melarikan diri dengan menuruni jambatan menggunakan tali sebelum dibawa pergi dengan motosikal yang sedia menunggu malahan ada yang cuba melarikan melalui saluran pembetung.

"Hari-hari yang dihabiskan di PolyU adalah menyeksakan kerana kami tidak boleh tinggal di sini.

Artikel Berkaitan:

"Bekalan makanan dan air juga akan kehabisan," kata seorang pelajar bernama Alesa yang telah dua kali cuba melarikan diri melalui pembetung.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menggesa penunjuk perasaan menyerah diri.

Mereka yang berusia 18 tahun ke atas akan berdepan tuduhan merusuh, namun kanak-kanak tidak akan ditahan.

Lebih 1,000 orang telah ditahan kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya sepanjang protes ganas di hab kewangan Asia itu. - Agensi

Seorang anggota penyelamat memasuki saluran pembentung bagi mencari penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba melarikan diri dari PolyU. - Foto: Reuters
Seorang anggota penyelamat memasuki saluran pembentung bagi mencari penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba melarikan diri dari PolyU. - Foto: Reuters