Anak Exco Terengganu cedera kemalangan

Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk dalam kejadian itu.
Keadaan kereta dinaiki mangsa remuk dalam kejadian itu.
A
A
A

DUNGUN - Anak dan menantu kepada Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr Mamad Puteh, terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM376.1 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), pagi tadi.

Norhisham Iskandar Mamad, 35, yang memandu kereta jenis Mazda dilaporkan hanya cedera ringan manakala isterinya berusia, 33, cedera di kepala.

Sewaktu kejadian, pasangan tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke rumahnya di Hulu Terengganu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Kedua-dua mangsa selamat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: