X

Kindly register in order to view this article
!

Polis pantau geng basikal lajak

Ibrahim
A
A

SEREMBAN - Menjelang cuti persekolahan yang bermula minggu depan, pihak polis akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti basikal lajak yang merbahaya dan melanggar peraturan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Abd Kadir berkata, pihaknya memandang serius kegiatan berkenaan yang bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tapi juga orang lain.

"Untuk aktiviti basikal lajak, tiada lokasi hot spot yang dikesan di negeri ini tetapi dua laluan yang pernah menjadi lokasi basikal lajak iaitu Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dan Bukit Putus susulan video sekumpulan kanak-kanak dan remaja melakukan aksi berbahaya itu tular di laman sosial Facebook dua bulan lepas.

"Saya nak ingatkan yang polis akan mengambil tindakan tegas ke atas individu terlibat dengan aktiviti basikal lajak. Pesalah boleh diambil tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959(LN166/59) dan boleh dikenakan denda maksima sehingga RM2,000, " katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau aktiviti anak-anak kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 jika pesalah adalah di bawah umur.

Beliau berkata, ibu bapa diistilahkan sebagai mengabaikan penjagaan anak-anak, dan sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM20,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun.

Selain itu katanya, pemantauan turut dilakukan terhadap kegiatan samseng jalanan atau mat rempit yang dikesan sering tertumpu di kawasan Senawang.

“Boleh dikatakan setiap minggu tindakan diambil dan tangkapan dibuat. Musim cuti sekolah ini kita akan tingkatkan lagi pemantauan dan penguatkuasaan terutama di kawasan dikenal pasti, " katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!