Doktor maut kenderaan rempuh zirafah di Afrika Selatan

Zirafah dengan ketinggian 18 kaki dan berat 748 kilogram mati di tempat kejadian.
Zirafah dengan ketinggian 18 kaki dan berat 748 kilogram mati di tempat kejadian.
A
A
A

LIMPOPO - Seorang doktor dari Switzerland maut selepas kenderaan dinaikinya melanggar seekor zirafah di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.

Media Switzerland melaporkan, lelaki dikenali sebagai Robert L, 66, meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di wad rawatan rapi hospital di Johannesburg.

Robert dari Thurgau, Switzerland, pergi ke Afrika Selatan bersama isterinya dan menyewa sebuah van Ford Ranger Camper untuk ke safari.

Dalam kejadian itu, sebuah bas mini yang membawa 13 orang penumpang telah melanggar seekor zirafah yang sedang melintas.

Kenderaan yang disewa Robert L remuk di bahagian bumbung dan hadapan selepas dirempuh zirafah.
Kenderaan yang disewa Robert L remuk di bahagian bumbung dan hadapan selepas dirempuh zirafah.

Zirafah itu kemudian merempuh kenderaan yang dinaiki Robert dan isterinya menyebabkan bahagian bumbung serta hadapan kenderaannya remuk.

Menurut jurucakap SanParks, Ike Paahla, kemalangan itu menyebabkan zirafah dengan ketinggian 18 kaki dan berat 748 kilogram mati di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang bas mini mengalami kecederaan ringan. - Agensi

Artikel Berkaitan: