Kekal setia kepada GPS

Amar Douglas Uggah
Amar Douglas Uggah
A
A
A

BETONG - Masyarakat Cina di Sarawak serta komuniti yang lain diminta agar terus kekal setia dan menyokong sepenuhnya Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, sokongan mereka amat diperlukan bagi membolehkan kerajaan melaksanakan dasar “Sarawak First” dengan jayanya.

“Abang Jo (Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) percaya bahawa Sarawak perlu ditadbir oleh parti politik tempatan dan pemimpin tempatan yang lebih memahami negeri ini,” katanya.

“Kami juga mahu melindungi hak negeri ini seperti yang termaktub dalam MA63 lebih-lebih lagi berhubung minyak dan gas dan sempadan perairan, kuasa imigresen dan seumpama,” katanya semasa melancarkan sambutan ulangtahun ke-11 Persekutuan Sarawak bagi Persatuan Chung Hua di sini, malam tadi.

Uggah, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, juga memuji komuniti Cina, di sini, di atas sumbangan mereka kepada masyarakat di samping membantu menyatupadukan orang ramai.

"Anda telah banyak melakukan projek komuniti dan yang paling bernilai ialah pembentukan skuad sukarelawan pemadam kebakaran.

“Skuad berkenaan membantu memadamkan sejumlah besar kebakaran di sini,” katanya.

Pada majlis itu,Uggah, yang memberi perhatian kepada Unit bagi Agama Lain (UNIFOR) mengumumkan sumbangan kerajaan berjumlah RM500,000 kepada Tabung Kuil Cina Betong.

Beliau juga menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada Persatuan Chung Hua Betong dan kemudian menyaksikan upacara penyerahan tugas antara Lim Ah Teck dari Persatuan Batu Kawah yang mengambil alih tugas sebagai presiden yang baru menggantikan Charlie Wong dari Betong.

Artikel Berkaitan:

Adun Layar, Gerald Rentap yang berucap pada majlis itu mengumumkan sumbangan berjumlah RM60,000 kepada pelbagai pertubuhan Cina di sini. - Bernama