'Bukan bercuti, tapi lawatan kerja ke Eropah'- Mohd Rafiq

Mohd Rafiq menafikan bercuti ke Eropah ketika PRK Tanjung Piai, sebaliknya beliau terlibat dengan lawatan kerja. Foto: FB Mohd Rafiq
Mohd Rafiq menafikan bercuti ke Eropah ketika PRK Tanjung Piai, sebaliknya beliau terlibat dengan lawatan kerja. Foto: FB Mohd Rafiq
A
A
A

MELAKA TENGAH - Exco Perindustrian Perdagangan dan Pelaburan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen nafi bercuti di Eropah ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, sebaliknya beliau terlibat dengan lawatan kerja.

Mohd Rafiq berkata, tuduhan tidak memberikan kerjasama dengan jentera Pakatan Harapan (PH) ketika PRK itu adalah satu fitnah.

"Rombongan lawatan kerja ke Eropah itu bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi kerjasama dengan sebuah syarikat Jerman yang ingin melabur di Melaka.

"Syarikat tersebut merupakan pengeluar optical sensor kelapan terbesar di dunia dan pelaburan itu bakal mewujudkan peluang perniagaan kepada vendor serta syarikat tempatan selain akan menyediakan 500 peluang pekerjaan baharu khusus anak Melaka," katanya.

Mohd Rafiq berkata, tindakan individu yang menularkan gambarnya ke Eropah dengan mengaitkan kekalahan PH di PRK Tanjung Piai adalah tidak berasas.

"Moga ALLAH ampunkan dosa mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: