Ajaib! Si bulus wajah dua masih hidup

SAN DIEGO - Seekor anak kucing memiliki dua muka dianggap ajaib kerana sehingga kini masih hidup setelah pemiliknya menjaga dengan cukup sempurna.
Diberi nama Duo, kucing itu dilahirkan dengan satu badan, satu kepala dan uniknya Duo mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.
Kebanyakan anak kucing yang selamat lahir dengan keadaan sedemikian akan mati selepas beberapa hari, namun tidak buat Duo apabila mampu bertahan selama empat bulan.
Menurut doktor haiwan di California, Dr Ralph Tran berkata, nasib bulus ini diabaikan selepas dilahirkan.
"Ibunya tidak mahu mendekati Duo dan saya yang merawatnya, menjaga makan minumnya. Kehidupan sehariannya tidak jauh beza dengan anak kucing lain.
"Duo boleh makan, minum, tidur, bermain dan menggunakan kedua-dua hidung untuk menghidu sesuatu benda.
"Duo juga boleh menggunakan dua mulutnya untuk makan, kadang-kala makan secara berasingan, adakalanya secara serentak menggunakan dua mulutnya," katanya.
Memetik Metro.co.uk, kata Dr Ralph Tran, dia berharap kucing itu akan terus bertahan dan sihat seperti kucing lain.
"Duo akan menjalani pembedahan untuk membuangkan mata di bahagian tengah, selain itu saya berharap Duo dapat hidup selamanya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amDua rentung, seorang hilang dalam kebakaran 200 rumah
30 Ogos 2026 07:45amDuda dicekup berkhalwat bersama gadis 18 tahun
30 Ogos 2026 12:06pmTerperosok digilis lori, anak angkat Rizalman kritikal
30 Ogos 2026 07:27pm
