APMM tahan tiga bot bersama 45 nelayan Vietnam

Muhammad Nur Syam (tengah) melihat tempat penyimpanan ikan dalam bot tersebut.
Muhammad Nur Syam (tengah) melihat tempat penyimpanan ikan dalam bot tersebut.
A
A
A

KOTA BHARU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan tiga buah bot dalam Op Naga Barat dan Op Damai kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, turut ditahan 45 nelayan Vietnam serta tiga tekong berusia lingkungan 15 hingga 53 tahun.

Menurutnya, tiga bot berkenaan berada dalam Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia sekitar Rabu dan Khamis lepas.

"Bot pertama dan kedua masing-masing ditahan pada jam 4.34 petang dan 11.22 malam manakala bot ketiga pada jam 12.28 tengah malam berikutnya. Ketika penahanan, seorang awak-awak daripada sebuah bot bertindak agresif kerana berada dalam keadaan mabuk," katanya.

Menurutnya, kesemua bot dibawa masuk ke Jeti Ibu Pejabat APMM Kelantan dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(A), Akta Perikanan 1985 kerana menangkap atau cuba menangkap ikan di perairan Malaysia oleh vesel penangkapan ikan asing.

Kesemua bot berkenaan ditahan Kapal Maritim Jujur (KM Jujur) yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Leftenan Maritim Mohd Rahim Razali.

Tiga buah bot yang ditahan.
Tiga buah bot yang ditahan.

Artikel Berkaitan: