Calon Gerakan kecewa

Wendy Subramaniam
Wendy Subramaniam
A
A
A

PEKAN NANAS - Kami kecewa... demikian luah calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wendy Subramaniam berikutan masih terdapat jentera parti cuba meraih undi dengan mengibar bendera serta memakai baju berlogokan parti berdekatan pusat mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Wendy berkata, kejadian berkenaan disaksikan beliau sendiri ketika meninjau pusat daerah mengundi (PDM) di Sekolah Menengah Dato Sulaiman Yunos, pagi tadi.

Menurutnya, insiden sama turut berlaku di PDM Yu Ming 1, sedangkan anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut kelihatan di lokasi berkenaan.

"Saya hairan bagaimana mereka itu semua dibenarkan untuk berada di pusat mengundi dengan cara begitu walaupun amaran telah diberi oleh SPR sebelum ini.

"Saya kecewa dengan perkara ini, seolah-olah tidak ada pemantauan dibuat oleh pihak berwajib.

"Oleh itu bagi saya, calon parti terbabit perlu dilucutkan daripada bertanding pada PRK berkenaan kerana telah melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya pada sidang media ketika membuat lawatan ke pusat pengundian SJK (C) Yu Ming hari ini.

Sementara itu Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak merasakan perbuatan itu sebagai satu perkara yang boleh dianggap melanggar peraturan pilihan raya.

Katanya, selagi mereka tidak memasuki kawasan 50 meter dari yang dibenarkan, perkara itu tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

"Susah kalau kita nak kata itu tak boleh, ini tak boleh tapi selagi mereka ikut peraturan, ia dibenarkan.

"Kalau di luar 50 meter, kalau 'good nature', kita ambil pendekatan lembut untuk menasihati mereka," katanya.