Pusingan pertama bermula 23 Januari

Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (TennisMalaysia) Mirzan Mahathir (tengah), Setiausaha Kehormat TennisMalaysia Mohd Rahizam Abdul Rahim (kiri) dan Bendahari TennisMalaysia Kamaruzzaman Kedah (kanan) pada Pelancaran Kejohanan Tenis Sirkit Kebangsaan dan Sirkit Jelajah Remaja 2019 di Pusat Tenis Tun Razak hari ini. - Foto Bernama
Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (TennisMalaysia) Mirzan Mahathir (tengah), Setiausaha Kehormat TennisMalaysia Mohd Rahizam Abdul Rahim (kiri) dan Bendahari TennisMalaysia Kamaruzzaman Kedah (kanan) pada Pelancaran Kejohanan Tenis Sirkit Kebangsaan dan Sirkit Jelajah Remaja 2019 di Pusat Tenis Tun Razak hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUSINGAN pertama Kejohanan Tenis Sirkit Kebangsaan 2019 akan membuka tirainya dari 23 hingga 27 Jan ini di Pusat Tenis Nasional, Jalan Duta kata Presiden Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM), Mirzan Mahathir.

Katanya, Sirkit Kebangsaan tahun ini akan merangkumi enam pusingan dan kemuncaknya Kejohanan Tenis Masters pada November.

“Empat kategori utama akan dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki dan wanita.

“Selepas pusingan pertama, lima lagi pusingan akan diadakan pada Mac, Julai, Ogos, September dan Oktober termasuk Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur dan Terbuka Raintree yang juga merupakan sebahagian daripada Sirkit Kebangsaan tahun ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Tenis Nasional Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu Mirzan berkata, bagi Sirkit Jelajah Remaja yang akan bermula pada 10 hingga 13 Jan ini pula akan melibatkan lapan pusingan yang turut diakhiri dengan Kejohanan Tenis Masters.

LTAM telah menerima 240 penyertaan dalam 18 kategori dipertandingkan bagi pusingan pertama yang akan turut diadakan di Pusat Tenis Nasional.

Pemain utama yang bakal beraksi untuk kategori lelaki 16 tahun dan ke bawah adalah Chaiyaward Phetthani dari Perlis selaku penyandang ranking nombor satu tahun lepas dan pencabar utamanya Muhammad Nur Iman dari Selangor serta Mitsuki Leong dari Perak.

“Hanya lapan pemain terbaik bagi setiap kategori bagi kedua-dua kejohanan (Sirkit Kebangsaan dan Sirkit Jelajah Remaja) layak menyertai Kejohanan Masters nanti.

Artikel Berkaitan:

“Selain dari itu, pemain teratas dalam kategori terbuka, 16 tahun dan 14 tahun ke bawah lelaki dan wanita akan menerima insentif untuk ke Kejohanan Grand Slam Terbuka Australia seperti pemenang-pemenang sebelum ini,” katanya. - Bernama