Dua remaja maut ketika tunggang skuter elektrik

Kejadian itu memberi tamparan hebat berikutan perdebatan mengenai risiko keselamatan kepada pengguna skuter elektrik terutama di bandar metropolis seperti Jakarta. - Foto CNN
Kejadian itu memberi tamparan hebat berikutan perdebatan mengenai risiko keselamatan kepada pengguna skuter elektrik terutama di bandar metropolis seperti Jakarta. - Foto CNN
A
A
A

JAKARTA - Dua remaja maut dilanggar kereta ketika menunggang skuter elektrik GrabWheels di pekarangan Kompleks Sukan Bung Karno, di Jakarta Tengah pada Isnin.

Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Wisnu dan Ammar yang masing-masing berusia 18 tahun.

Empat lagi rakan mangsa juga dilaporkan cedera dalam kemalangan itu.

Sebelum itu, mangsa bersama empat rakannya menyewa skuter elektrik di pusat membeli belah FX Sudirman.

Dalam satu kenyataan, Grab Indonesia yang mengendalikan skuter elektrik merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Kejadian itu memberi tamparan hebat berikutan perdebatan mengenai risiko keselamatan kepada pengguna skuter elektrik terutama di bandar metropolis seperti Jakarta.

"Kami menerima maklumat berkenaan kemalangan awal pagi Isnin.

"Semua pengurusan Grab kesal dengan kejadian itu dan menyampaikan takziah kepada kawan dan keluarga mangsa," kata Ketua Pegawai Eksekutif GrabWheels, TJ Tham dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Pengguna skuter elektrik baru-baru ini dikritik kerana menimbulkan ketidakselesaan pejalan kaki dan isu keselamatan skuter turut dipersoalkan secara terbuka.- Agensi