Melaka United jemput SPRM sebagai Exco

Yeo Shen Li. - Foto Melaka United Soccer Association
Yeo Shen Li. - Foto Melaka United Soccer Association
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Melaka United (MUSA) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjadi Exconya bagi melindungi persatuan itu daripada rasuah sama ada di dalam atau luar padang.

Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li berkata, beliau telah menulis surat kepada SPRM untuk menjemput Pengarah SPRM Melaka bagi melantik mana-mana pegawainya berada dalam persatuan itu sebagai Exco dan diharapkan jemputan itu dapat meningkatkan keyakinan penaja selain mengelakkan rasuah.

“Rundingan pemain atau pembekal tidak mengendahkan kepentingan masyarakat, memecat pemain tanpa mematuhi undang-undang, tiada tender terbuka, hanya rundingan terus.

“Tiada bajet atau terlebih bajet dan kontrak yang menyebelahi satu pihak menjadikan persatuan semakin parah. Sebagai presiden, dan di bawah pemantauan saya, perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

Damian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong dilantik sebagai Presiden MUSA pada 1 November lepas selepas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari meletak jawatan.

Dalam sidang akhbar pertama sebagai presiden, Damian telah berjanji untuk memperbaiki kedudukan kewangan persatuan itu supaya pasukan dapat berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: