Karangkraf peruntuk lebih RM400,000 jayakan Festkon

Muhammad Nasir (kanan) menyerahkan simbolik sumbangan kepada Naib Canselor UniMAP, Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad sambil diperhatikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas perasmian Feskon ke-14 di UniMAP semalam.

A
A
A

ARAU - Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) memperuntukkan lebih RM400,000 bagi tujuan penajaan pakej pengiklanan dan liputan akhbar sempena Festival Konvokesyen (Festkon) ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah hadir menyampaikan sumbangan berkenaan yang diadakan di pentas utama tapak festival itu di Kampus Utama Pauh Putra di sini semalam.

Sumbangan itu turut melibatkan buku membabitkan sejumlah 20 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah.

Selain itu, Karangkraf turut mewakafkan al-Quran untuk kemudahan mahasiswa di Pusat Islam UniMAP.

Majlis dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di dataran kampus tetap UniMAP Pauh Putra semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa berintelek, matang bantu kepimpinan negara

Artikel Berkaitan: