Takut polis sampai terkencing dalam seluar

Pelacur warga asing yang ditahan dalam Op Noda malam tadi.
A
A

GEORGETOWN - Akibat terlalu takut melihat kehadiran polis, seorang wanita warga Thailand dipercayai berkhidmat sebagai pelacur di sebuah hotel di Jelutong, di sini terkencing di dalam seluar selepas pintu biliknya dipecahkan pasukan serbuan malam tadi.

Dalam Op Noda jam 9 malam itu, wanita berusia 26 tahun tersebut enggan membuka pintu biliknya ketika diketuk anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang yang terpaksa menunggu hampir sejam memujuk wanita berkenaan sebelum bertindak memecahkan pintu bilik terbabit.

Wanita tersebut yang didengar menangis sebelum itu kemudian ditemui dalam keadaan ketakutan di dalam bilik hotel berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, wanita terbabit merupakan antara 10 wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada enam warga Thailand dan masing-masing dua warga Indonesia serta Vietnam.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.

"Ketika serbuan dilakukan, ada di antara mereka yang sedang melayan pelanggan di bilik masing-masing.

"Siasatan mendapati mereka mengenakan bayaran RM220 untuk layanan seks selama 45 minit dan mencari pelanggan melalui aplikasi WeChat," katanya ketika dihubungi di sini.

Zainol berkata, polis turut merampas sejumlah wang tunai dipercayai hasil daripada aktiviti pelacuran, selain menemui puluhan kondom termasuk yang telah digunakan serta minyak pelincir di setiap bilik pelacur berkenaan.

Katanya, kesemua wanita yang berusia di antara 22 hingga 30 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan kegiatan persundalan.