Saingan sengit di Tanjung Piai

Asrul Nizan Abd Jalil
Asrul Nizan Abd Jalil
A
A
A

KANGAR - Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini dijangka menghadapi saingan sengit memandangkan berlaku pertembungan enam penjuru termasuk calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mewakili Pakatan Harapan (PH) dan MCA dari Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd Jalil berkata melalui analisa yang dibuat keadaan PRK di Tanjung Piai agak sengit kerana calon dari MCA yang bertanding pada kali ini pernah memenangi kerusi itu dua penggal yang lalu iaitu sebelum beliau kalah pada Pilihan Raya ke 14 (PRU-14).

“Kedudukannya memang sengitlah, dan 50-50 kerana calon PH sebelum ini menang dengan majoriti tipis iaitu 524 undi saja.

“Calon BN juga pernah memenangi DUN tersebut dua penggal sebelum ini, jadi bagi saya ia adalah PRK yang memang sangat sengit," katanya.

Menurut Asrul, jika dilihat, pengundi kaum Cina sekarang akan menjadi rebutan kedua-dua parti utama sebab jika dari pengundi Melayu dilihat agak statik.

“Masing-masing memerlukan perubahan pengundi kaum Cina untuk menentukan kemenangan, sebab jika menang pun majoritinya sangat tipis. Jika menang pun tipis, kalah pun tipis," katanya.

Tambah Asrul, undi Melayu pula akan menunjukkan peningkatan berdasarkan maklumat diperoleh memandangkan calon yang diletakkan mempunyai rekod yang bersih selain beliau adalah seorang Imam.

Artikel Berkaitan: