X

Kindly register in order to view this article
!

Bola, bola juga ukhuwah kena jaga, kata Mufti WP

Paparan Instagram Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
A
A

KUALA LUMPUR - Minat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri terhadap pasukan bola sepak Liverpool sudah diketahui umum.

Baru-baru ini juga, beliau menerima kejutan apabila menerima hadiah jersi Liverpool dari ibu bapa bayi ditahniknya.

Bukan itu sahaja, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mencemar duli berkenan menghadiahkan jersi pasukan bola itu kepada beliau.

Hari ini tular rakaman video di laman sosial durasi 26 saat mendedahkan Dr Zulkifli mengakui peminat pasukan Liverpool.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri sebuah program bual bicara di stesen televisyen tempatan bagi mengupas topik 'Dakwah Dalam Talian'.

Apa yang mencuit hati, ketika di pengakhiran segmen itu, pengacara Hanif Miswan ada bertanya soalan jika Dr Zulkifli itu benar-benar menyokong Liverpool.

Setelah mengesahkan perkara itu, Hanif kemudian dalam nada bergurau berkata tidak akan lagi mengikut (unfollow) Dr Zulkifli dalam Instagram.

Namun jawapan ‘win’ Dr Zulkifli setelah itu membuatkan ramai netizen turut terhibur.

"Ramai. Ramai orang MU (memang) macam tu." tulisnya di Instagram miliknya.

Beliau juga memberitahu, kata-katanya itu sekadar gurauan dalam isu bola bersama pengacara Ally Iskandar dan Hanif Miswan di MHI pagi tadi.

"Bola, bola juga ukhuwah kena jaga." tulisnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!