FestKon 14 UniMAP guna kaedah pembayaran tanpa tunai

Prof Dr Mohd Foad Sakdan
Prof Dr Mohd Foad Sakdan
A
A
A

ARAU - Bertemakan konsep ‘Futuristic’, Festival Konvokesyen (FestKon) ke-14 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, kaedah itu digunakan dengan kerjasama rakan strategik Bank Rakyat.

Menurutnya, penggunaan kaedah cashless adalah bertujuan mewujudkan komuniti tanpa tunai (cashless society) dan untuk mendedahkan kepada masyarakat mengenai kaedah pembayaran secara digital.

“Setiap tahun kita lakukan kelainan dengan harapan mampu memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Mohd Foad berkata, konvokesyen kali ini bakal meraikan 4,009 pelajar daripada 11 pusat pengajian berlainan.

Sementara itu, Pengarah Projek FestKon, Nazifa Nordin berkata, seramai 70 urusetia dibahagikan kepada enam kumpulan bagi memastikan segala aktiviti dirancang berjalan lancar.

Nazifa Nordin
Nazifa Nordin

“Kami menyediakan 53 aktiviti sepanjang festival yang bermula 13 hingga 19 November ini.

Artikel Berkaitan:

“Sebanyak 35 gerai basah dan kering serta 14 food truck terlibat dalam perniagaan sepanjang festival,” katanya.

Nazifa berkata, pelbagai acara dan program menarik ditawarkan seperti mengundang tokoh terkenal dan artis popular.

“Kita sasarkan lebih 30,000 pengunjung akan menghadiri FestKon ke-14 UniMAP,” katanya.