Pengantin baharu antara dua maut nahas di Tapah

Anggota bomba menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas berkenaan malam tadi. Gambar kecil: Azman dan Salwati
Anggota bomba menggunakan pemotong hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas berkenaan malam tadi. Gambar kecil: Azman dan Salwati
A
A
A

TAPAH - Sudah tentu saya sedih kerana kami baharu sahaja melangsungkan pernikahan Sabtu lepas, demikian luahan suami mangsa kemalangan maut di Tapah, Azman Syah Gusti.

Isterinya Salwati Yaakob, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di KM317 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini, malam tadi.

Azman Shah, 28, juruteknik di Setapak, Kuala Lumpur berkata ketika kejadian dia dan isteri bersama seorang lagi rakan wanita isterinya dalam perjalanan dari Kuala Kedah, Kedah untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Kami melangsungkan majlis perkahwinan hujung minggu lalu di kampung halaman isteri di Kuala Kedah dan sepatutnya majlis persandingan pihak keluarga lelaki akan diadakan di Sungai Buloh, Selangor pada 24 November ini.

"Saya terima dengan reda walaupun sedih dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Tapah di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut, 12 selamat nahas lapan kenderaan

Treler hilang kawalan punca nahas lapan kenderaan

Ibu Salwati, Zaimah Hamim, 46, berkata anak sulung daripada tujuh beradik tersebut tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum dia dan suaminya bertolak dari Kuala Kedah kira-kira 6 petang semalam.

"Makcik berborak seperti biasa dengan arwah sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur, tak nampak apa-apa perubahan pun," katanya memaklumkan anak perempuannya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

Ketua Polis Tapah, Superintendan Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan pada 11.15 malam itu melibatkan empat lori, kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero, Perodua Myvi dan Axia serta Honda Accord.

Wan Azharuddin berkata turut maut di lokasi ialah Beh Xiu Zhung, 5, penumpang Pajero.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori muatan kertas yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur hilang kawalan dan melanggar belakang kenderaan Perodua Axia dan seterusnya menyebabkan pelanggaran antara kenderaan yang lain. - BERNAMA