'Pengundi Tanjung Piai dah ada keputusan'

Mohamad Hasan ketika ceramah umum di Kampung Telok Kerang, malam tadi.
A
A

PONTIAN - “Pengundi dah buat keputusan," kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelang proses pembuangan undi pada 16 November ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Menurutnya, pengundi di Tanjung Piai dimaklumkan membuat keputusan berkenaan sebelum penamaan calon bagi PRK.

“Sebenarnya orang ramai (pengundi) dah buat keputusan. Keputusan itu dibuat sebelum penamaan calon lagi.

“Apa pun saya sangat positif, masyarakat di Tanjung Piai dah buat keputusan. Katalah apa yang anda suka atau cakap apa sahaja yang anda mahu," katanya.

Katanya, sebarang keputusan diharapkan tidak memberikan kesan kepada para pengundi kelak.

“Mungkin ada perubahan dua hingga tiga peratus, tetapi orang ramai dah buat keputusan,” katanya pada program ceramah umum di Kampung Telok Kerang, malam tadi.

Sementara itu Mohamad berkata, keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membela diri semalam dilihat tidak akan memberikan kesan kepada proses pengundian bagi PRK Tanjung Piai 16 November ini.

“Hari itu saksi pendakwa boleh berikan keterangan dan bukti-bukti, di situ. Oleh itu, bukti dan keterangan pihak pembelaan diharapkan dapat membantu dalam kes ini,” katanya.