NGO Antarabangsa terima sumbangan karpet masjid

Pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia turut membuat tajaan seribu naskhah al-Quran.
Pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia turut membuat tajaan seribu naskhah al-Quran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan Arab Saudi di negara ini menyumbangkan sebanyak lima gulung karpet kepada badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa untuk kegunaan masjid-masjid yang dibangunkan oleh NGO tersebut.

Karpet sepanjang lebih sembilan meter setiap satu itu diserahkan oleh Penasihat Islam, Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Sheikh Abdul Rahman M Al-Herfi kepada Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam satu majlis, baru-baru ini.

Sheikh Abdul Rahman berkata, sumbangan itu diharap dapat meningkatkan kesungguhan dan keazaman NGO Antarabangsa yang gigih membantu umat Islam sejagat khususnya dalam pembinaan masjid, surau dan sekolah-sekolah agama.

“Usaha di Kemboja selama 20 tahun bukan sesuatu yang mudah, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh Dr Mustapha ini patut dicontohi dalam perjuangan agama Islam .

“Apa yang dikagumi, Mustapha membantu umat Islam di negara yang diterajui oleh pemimpin yang bukan Islam malah mendapat pengiktirafan dari kerajaan dan pemimpin pemimpin masyarakat. Pelbagai pengiktirafan itu suatu pencapaian yang membanggakan umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Malah beliau turut berharap agar umat Islam mempunyai kesungguhan, keazaman dan daya usaha untuk mengecapi kejayaan bukan sekadar menyerahkan segalanya kepada ALLAH semata-mata.

“Saya kagum dengan usaha Mustapha sebab beliau kuat berusaha mengubah fikiran masyarakat Islam Kemboja dengan pelbagai kaedah pembangunan pendidikan dan ekonomi.

“Beliau mendedahkan pendidikan IT malah di masjid turut dilengkapi padang dan gerai perniagaan bagi menjana pendapatan penduduk dan masjid. Kreativiti beliau ini sangat membanggakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada tu, Mustapha berkata, pihaknya berterima kasih kepada pihak kedutaan Arab Saudi di Malaysia khususnya Sheikh Abdul Rahman yang telah banyak membantu pihak NGO Antarabangsa termasuk menerusi tajaan seribu naskhah al-Quran.

“Hari ini sumbangan karpet solat dapat saya gunakan di masjid-masjid yang dibangunkan oleh NGO Antarabangsa iaitu yang sebanyak lima buah.

“Diharapkan sokongan yang yang diberikan pihak Sheikh Abdul Rahman berterusan dalam program yang dijalankan oleh NG0 Antarabangsa,” katanya