Zionis kembalikan jenazah remaja Palestin

jenazah Abed Al-Rahman Abu Jamal diserahkan kepada keluarganya.
jenazah Abed Al-Rahman Abu Jamal diserahkan kepada keluarganya.
A
A
A

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Agensi perisikan Israel telah memulangkan jenazah remaja Palestin yang ditahan sejak November lalu kepada keluarganya di Baitulmaqdis Timur, lewat petang semalam.

Sumber memberitahu agensi berita Maan bahawa jenazah Abed Al-Rahman Abu Jamal diserahkan kepada keluarganya di pos pemeriksaan Jabal Al-Mukabbir.

Remaja berusia 17 tahun itu dituduh menikam dan mencederakan empat anggota polis Israel dalam serangan di kawasan kejiranan Yahudi, Armon Hanatziv pada 14 November 2018.

Abu Jamal kemudian ditembak dengan peluru hidup dan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya semasa dirawat di hospital, enam hari selepas serangan tersebut.

Keluarga Abu Jamal menafikan tuduhan Israel kerana tiada bukti rakaman bahawa anak mereka melancarkan serangan terbabit.

Difahamkan, pihak rejim memperluas polisi menahan jenazah rakyat Palestin sejak gelombang kebangkitan di wilayah yang diduduki meletus pada 2015. - Agensi

Artikel Berkaitan: