X

Kindly register in order to view this article
!

Siasat individu menyamar pegawai SPR

Persiapan Undi Awal di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

PONTIAN - Polis diharap dapat menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir berkata, pihaknya sudah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan dan siasatan lanjut mengenainya sedang dilakukan.

"Tidak mungkin berlaku penyamaran kerana semua petugas SPR diberikan kad kuasa sebagai identiti pengenalan mereka yang boleh disemak.

“Apa pun macam saya sebut, pilihan raya ini macam orang raya. Bila raya ni, macam-macam cerita keluar.

"Asalkan jangan berbunuh berbakar-bakar sudah,” katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai di Dewan Jubli Intan di sini hari ini.

Persiapan Undi Awal di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Persiapan Undi Awal di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Zulkifly berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bahawa terdapat individu yang menyamar sebagai pegawai SPR pada PRK kali ini.

Menurut Shamsubahrin, kempen calon bebas Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43, kelmarin diganggu oleh tiga individu yang menyamar sebagai pegawai SPR ketika rombongan jenteranya mengadakan walkabout di Pasar Malam, Taman Utama, Pekan Nanas.

Lelaki yang mendakwa pegawai SPR itu kemudiannya meminta Faridah dan rombongannya beredar dari kawasan pasar malam berkenaan dengan alasan tidak mempunyai permit untuk berkempen di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Zulkifly berkata, seramai 280 pengundi awal melibatkan anggota polis akan membuang undi di Bangunan Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang esok.

"Hari ini hanya ejen-ejen calon dibenarkan untuk memeriksa kertas undi yang akan dipamerkan kepada mereka petang ini mulai jam 2.30 hingga 4.30 petang," katanya.

Persiapan Undi Awal di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Persiapan Undi Awal di Dewan Jubli Intan Pontian hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!