Percepatkan prosiding kes saman royalti

Ahmad (tengah) ditemui di Wisma Ibadurrahman ketika pertemuan dengan pimpinan lantikan politik Dun Pasir Pekan.
Ahmad (tengah) ditemui di Wisma Ibadurrahman ketika pertemuan dengan pimpinan lantikan politik Dun Pasir Pekan.
A
A
A

TUMPAT - Tarikh prosiding penarikan kes saman royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan ditetapkan mahkamah pada Februari ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, prosiding kes tersebut pada Februari ini tetapi kerajaan negeri memohon ia dipercepatkan lagi membolehkan pembayaran royalti diselesaikan segera.

"Kita tarik balik kes dan mahkamah tetapkan pada Februari ini tarikh prosiding.

'Tetapi kita mohon ia didahulukan lebih awal lagi dari tarikh tersebut dan surat sudah dihantar kepada Peguam Negara, Tommy Thomas untuk tindakannya.

"Kita harapkan tiada halangan untuk proses permohonan itu dan surat salinan itu turut dihantar kepada Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan pimpinan lantikan politik Dun Pasir Pekan di Wisma Ibadurrahman, Kampung Paloh di sini, hari ini.

Ahmad berkata, jika penarikan kes saman royalti minyak terhadap Petronas dan Kerajaan Persekutuan berlaku secara rasminya, Kerajaan Kelantan dapat merasai royalti minyak yang dijanjikan Pusat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kelantan arah tarik balik saman dua bulan lepas]

Artikel Berkaitan: