Lelaki maut rempuh dua kenderaan

Keadaan kenderaan yang remuk terus akibat kemalangan itu. Gambar kecil: Mohd Hilme Ridzuan Sabdon
Keadaan kenderaan yang remuk terus akibat kemalangan itu. Gambar kecil: Mohd Hilme Ridzuan Sabdon
A
A
A

KEMAMAN - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di KM8.5 Jalan Cukai - Air Putih, berhampiran Taman Alam Perdana petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu mengakibatkan seorang pemandu, Mohd Hilme Ridzuan Sabdon, 32, dari Kampung Seberang Tayur, di sini maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Mohd Hilmie yang memandu berseorangan dalam perjalanan dari arah Cukai ke Air Putih.

"Siasatan awal mendapati mangsa hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta Proton Saga dan Toyota Vios dari arah bertentangan.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu dan penumpang kereta lain yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Artikel Berkaitan: