X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
A
A

KUALA TERENGGANU - Penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki dipercayai terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 345.7 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihak polis menerima laporan orang awam kira-kira jam 2 petang yang memaklumkan mengenai kejadian kemalangan maut itu.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa, Muhammad Faizon Md Razali, 20, menunggang motosikal jenis Honda Dash dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bergesel dengan penghadang besi sebelah kiri jalan.

"Mangsa yang berasal dari Kampung Lubuk Panjang Chalok, Bandar Permaisuri meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!