'Saya masih kerja keras', kata Jeck Seng

Jeck Seng (duduk, dua dari kanan) bersama Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, pimpinan BN Johor serta pengunjung restoran ketika bersarapan di Restoran Kheng Guan Hiong berhampiran Pasar Awam Pontian pagi tadi.
Jeck Seng (duduk, dua dari kanan) bersama Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, pimpinan BN Johor serta pengunjung restoran ketika bersarapan di Restoran Kheng Guan Hiong berhampiran Pasar Awam Pontian pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Saya masih bekerja keras sehingga ke hari ini, itu reaksi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng ketika mengulas perkembangan kempen yang dilaksanakan setakat ini.

Jeck Seng berkata, pihaknya juga masih bertungkus-lumus menemui pengundi di sepanjang tempoh berkempen.

Menurutnya, penting bagi beliau untuk mendekati pengundi bagi melihat dan mendengar sendiri suara hati mereka (pengundi).

"Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, kita akan cuba menemui pengundi seberapa ramai yang boleh.

"Apa yang saya boleh kata, hingga ke hari ini, saya masih bekerja keras dalam tempoh berkempen untuk PRK Tanjung Piai," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ketika diminta mengulas terhadap peningkatan sokongan daripada pengundi Cina di Tanjung Piai terhadap BN, Jeck Seng berkata, ia sebenarnya satu cabaran besar yang perlu dihadapi.

Katanya, cabaran sedemikian dilihat sebagai pendorong untuk beliau bekerja lebih kuat selepas ini.

"Saya masih kata ini satu cabaran. Sebab itulah saya masih perlu bekerja keras.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun ada yang kata peningkatan pengundi kerana rakyat marah dengan kerajaan namun bagi saya ia tetap satu cabaran buat kita," katanya.