Farhan tekad balas kepercayaan Cheng Hoe

Farhan giat menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya lain di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Farhan giat menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya lain di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
A
A
A

PEMAIN sayap Harimau Malaya, Farhan Roslan menjanjikan prestasi terbaik bagi membalas kepercayaan yang diberikan Tan Cheng Hoe selepas disenaraikan dalam skuad negara.

Menurutnya, minit permainannya bersama Kedah pada musim ini banyak membantu dirinya untuk lebih matang berbanding tahun lalu.

“Tersenarai dalam senarai kesebelasan utama bersama pasukan Kedah meningkatkan pengalaman saya.

“Sekiranya coach (Tan Cheng Hoe) memberikan kepercayaan penuh kepada saya untuk kesebelasan utama negara, saya akan buat sehabis baik.

“Namun, bagi saya semua pemain yang ada hari ini juga mempunyai kualiti yang bagus terutama di posisi saya. Saya harap saya tersenarai sekurang-kurangnya pada perlawanan persahabatan nanti (Sabtu ini) menentang Tajikistan,” kata pemain berusia 22 tahun itu semasa sesi latihan skuad Harimau Malaya kendalian Cheng Hoe di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, hari ini.

Farhan Roslan
Farhan Roslan

Tambah pemain yang digelar Messi Kedah itu, dia yakin dirinya akan menampilkan persembahan terbaik dengan kepercayaan yang diberikan Cheng Hoe.

Katanya, saingan yang banyak dalam posisinya itu akan diambil sebagai kekuatan bagi dirinya diberi peluang beraksi.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya berada di bawah coach Tan (Cheng Hoe) bukan perkara baru kerana saya pernah di bawah bimbingannya semasa coach menjadi jurulatih Kedah sebelum ini.

“Tiada banyak beza coach (Cheng Hoe) sekarang dan dulu. Beliau adalah jurulatih yang mahukan pemainnya sentiasa kerja keras semasa latihan dan permainan. Kalau kita berjaya buat yang terbaik, Insya-ALLAH peluang itu ada,” katanya.