[VIDEO] Kucing jadi 'hero' selamatkan bayi dari jatuh tangga

Tangkap layar video yang memaparkan seekor kucing cuba menyelamatkan seorang bayi daripada jatuh dari tangga.
Tangkap layar video yang memaparkan seekor kucing cuba menyelamatkan seorang bayi daripada jatuh dari tangga.
A
A
A

COLUMBIA - Video aksi seekor kucing yang cuba menghalang seorang bayi daripada merangkak berhampiran tangga kini tular di laman sosial.

Sehingga kini, video berdurasi 45 saat itu meraih lebih 2.5 juta tontonan daripada warganet setelah dimuat naik di Facebook milik UNILAD.

Rakaman itu memaparkan seorang bayi dilihat sedang merangkak menuju ke tangga sebelum seekor kucing berlari mendapatkan bayi berkenaan.

Tangga yang agak curam.
Tangga yang agak curam.

Kucing tersebut cuba menghalang bayi itu daripada terus merangkak menyebabkan bayi itu berpatah balik.

Sehingga kini perkongsian cukup menyentuh hati itu mendapat 93,000 tanda suka dan dikongsi 55,000 kali oleh warganet dari seluruh dunia.

Tindakan kucing tersebut mendapat pujian daripada netizen dan dianggap sebagai hero kerana berjaya menghalang bayi terbabit daripada terus merangkak dan terjatuh dari tangga.

Artikel Berkaitan:

Tindakan kucing itu mendapat pujian daripada netizen.
Tindakan kucing itu mendapat pujian daripada netizen.

Ah Fuu Song menulis: "Nasib baik ada kucing peliharaan ibu bapanya di situ, kalau tak, tak tahu apa terjadi dengan bayi tersebut. Kucing ini memang boleh dianggap hero dan sangat sayang pada tuannya sehingga menyelamatkan bayi tersebut.

"Kucing sememangnya seorang yang penyayang kepada tuannya, kalau kita peliharanya dengan baik. Dia pula yang akan melindungi kita daripada sebarang ancaman. Kucing ini kita boleh anggap dia sebagai hero," kata Smith Adam di Facebook.