Data peribadi ahli politik Jerman digodam

No Image Caption
A
A
A

BERLIN - JERMAN. Data peribadi ratusan ahli politik Jerman telah digodam dan diterbitkan di laman Twitter.

Informasi berhubung perbualan peribadi dan kad kredit milik tokoh pemimpin nasional serta tempatan daripada setiap parti politik kecuali parti Alternative For Germany (AfD) telah disiarkan di platform sosial, Twitter.

Menurut wartawan RBB, Michael Götschenberg yang mengikuti kes terbabit, akaun Twitter terbabit didapati berpangkalan di Hamburg.

Turut terlibat dalam insiden berkenaan adalah data peribadi selebriti serta beberapa orang wartawan.

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan dalang yang bertanggungjawab disebalik insiden yang terjadi bulan lalu.

"Walaupun tiada dokumen politik tidak diterbitkan, namun insiden seumpama ini boleh membawa kerosakan pada masa akan datang," kata Götschenberg

Tahun lalu, rangkaian internet kerajaan Jerman menjadi sasaran serangan dan ketika itu ia didakwa perbuatan penggodam dari Rusia. - BBC

Artikel Berkaitan: