Tiga beruang gigih selamatkan anak kena langgar kereta

Tiga ekor beruang bergilir menarik anak beruang yang dilanggar kenderaan di West Main Street ke tepi jalan raya.
Tiga ekor beruang bergilir menarik anak beruang yang dilanggar kenderaan di West Main Street ke tepi jalan raya.
A
A
A

IMMOKALEE - Rakaman video menyayat hati menunjukkan tiga ekor beruang mempertaruhkan nyawa menyelamatkan anak beruang yang dilanggar kereta di laluan lalu lintas yang sedang bergerak.

Video yang berdurasi seminit itu dirakam di Immokalee, Florida, pada waktu malam memaparkan seekor anak beruang hitam cuba untuk bangun namun terjatuh di jalan raya di West Main Street selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan, lapor WINK News.

Tiga ekor beruang kelihatan bergilir-gilir muncul dari bahu jalan dan menariknya ke tepi dengan menggunakan mulutnya sebelum beralih ke bahagian rumput yang lebih selamat.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengesahkan anak beruang itu telah mati.

Individu yang merakam video terbabit, Lisha DeShay berkongsi perasaan sedih melihat keluarga beruang itu berusaha menyelamatkan salah satu ahli keluarganya.

"Saya sangat tersentuh melihatnya. Saya melihat diri saya sebagai ibu kepada beruang itu. Saya mempunyai bayi, jadi bayi di jalan raya bermakna sama ada ia beruang atau manusia, ia menyedihkan.

'Orang ramai perlu menyedari dan memandu dengan berhati-hati pada waktu malam,' tambahnya. - Agensi