[VIDEO] Detik cemas lelaki maut tangki septik meletup

Rakaman video berdurasi 44 minit apabila sebuah tangki septik meletup mengorbankan seorang mangsa tular di laman sosial.
Rakaman video berdurasi 44 minit apabila sebuah tangki septik meletup mengorbankan seorang mangsa tular di laman sosial.
A
A
A

JAKARTA - Rakaman detik cemas sebuah tangki septik meletup mengorbankan seorang mangsa tular di laman sosial.

Video durasi 41 saat itu memaparkan dua orang lelaki berada di sebuah rumah di daerah Cakung, Jakarta Timur pada Isnin lalu.

Mereka sedang berbual dilihat berada di atas lubang tangki septik sebelum ledakan berlaku dipercayai berpunca daripada mendapan gas sejak puluhan tahun.

Sebelum kejadian, mangsa sudah selesai menyedut tangki najis itu lalu menyalakan api pada kertas di lubang tangki bagi memastikan tiada gas di dalam tangki tersebut.

Jurucakap Polis Cakung, AKP Tom Sirait kepada media tempatan, berkata, insiden itu berlaku akibat gas yang mendap selama puluhan tahun.

"Ketika itu mangsa telah selesai tugasnya, dia bertemu dengan pemilik rumah untuk mengambil upah. Tiba-tiba tangki itu meletup membuatkan dia terjatuh ke dalam tangki manakala tuan rumah tercampak.

"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital namun mangsa yang terjatuh dalam tangki itu meninggal dunia kerana parah," katanya kepada Detik News.

Dalam pada itu, wakil organisasi Perunding Alam Sekitar, IPAL Center, Abie Wiwoho, berkata, selain gas metana, tangki najis juga mengandungi beberapa gas yang boleh membawa maut sekiranya dihidu terlalu lama seperti Hidrogen Sulfida (H2S) dan Karbon Dioksida (C02).

Artikel Berkaitan:

"Meledak kerana tiada laluan udara. Di tangki septik ada gas (H2S), gas metana dari protein yang terurai.

"Apabila pengudaraan tersumbat dan api dinyalakan, letupan akan berlaku," katanya.