Bapa 'angkut' anak ketika bawa gojek

Lelaki itu dilihat menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan.
Lelaki itu dilihat menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan.
A
A
A

JAKARTA - Demi sesuap nasi, seorang bapa terpaksa membawa anaknya ketika mencari rezeki, bekerja dalam perkhidmatan teksi motosikal atau Gojek.

Menerusi satu rakaman video di Facebook Ponti Viral, lelaki itu dilihat menggendong anaknya yang sedang nyenyak tidur pada bahagian hadapan sambil dalam perjalanan mengambil penumpang lain.

Diruang komen, netizen, Natie berkata, ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen Indonesia, lelaki itu menjelaskan, dia membawa anaknya pergi bekerja kerana ia adalah permintaan anaknya itu sendiri.

"Itu kerana kemahuan anak, mahu ikut saya bekerja. Lagipun dia sudah biasa ikut saya bekerja," katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya status isterinya yang dikatakan telah meninggal dunia seperti mana tular di laman sosial.

Jawab lelaki itu, isterinya masih ada dan dia turut bekerja sebagai Gojek.

Terdahulu, tular satu rakaman video seorang Gojek membawa anak ketika bekerja malah mendakwa isterinya telah meninggal dunia.

"Video semangat pembonceng Gojek luar biasa di Jakarta, bawa anak ketika bekerja kerana si ibu telah meninggal dunia...

Artikel Berkaitan:

"Semoga selalu diberikan rezeki berlimpah ya pak,” tulis di Facebook Ponti Viral.

Rakaman durasi 35 saat itu memaparkan penumpang itu juga menghulurkan sumbangan kepada lelaki tersebut kerana kagum kegigihannya mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Video yang meraih lebih 819,000 tontonan pantas menarik perhatian warganet yang menyaksikan kesungguhan lelaki itu mencari sesuap nasi sehingga lewat malam.

"Ya ALLAH limpahkan rezeki untuk si bapa ini, dari arah mana pun yang Engkau kehendaki serta berikanlah kesihatan buat anaknya," tulis Salsabila Nurawalia.

Pada hantaran yang sama, kata Moms Angel, "Saya sedih, terharu melihat perkara ini. Semoga bapa semua dilindungi ALLAH dan dimurahkan rezeki."

LINK FB

Vidio semangat OjoL luar biase, bawa anak saat bekerja karna sang ibu telah meninggal... Semoga selalu diberikan rejeki berlimpah ya Pak ... Tkp di Jakarta

Posted by Ponti Viral on Friday, October 18, 2019