Sultan, Sultanah Kedah hadiri Majlis Santapan Rejimental KPD

Sultan Sallehuddin berkenan memotong kek pada Majlis Santapan Rejimental Bersama Kolonel Yang Dipertua KPD di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Sultan Sallehuddin berkenan memotong kek pada Majlis Santapan Rejimental Bersama Kolonel Yang Dipertua KPD di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur Ahad lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Rejimental Bersama Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan DiRaja (KPD) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini Ahad lalu.

Baginda selaku Kolonel Yang DiPertua KPD dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff tiba kira-kira jam 8.20 malam.

Keberangkatan tiba baginda disambut Asisten Ketua Staf Logistik Pertahanan MK ATM, Mejar Jeneral Datuk Hasim Jabar bersama isteri, Datin Zarina Ghazali serta pegawai-pegawai kanan kor.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff serta

Tunku Laksamana Kedah, Dato' Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Majlis berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan itu dihadiri seramai 368 pegawai-pegawai KPD dan turut melibatkan Panji-Panji Rejimen 72 Bn KPD.

Pada majlis santapan itu juga, Baginda berkenan memotong kek sempena setahun pertabalan sebagai Sultan Negeri Kedah dengan turut diiringi Hasim dan terdahulu Hasim merangkap Pengerusi KPD turut memberi sembah ucapan beliau.

Hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftanan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan bekas Pengerusi KPD keenam dan kelapan, Mejar Jeneral Datuk Nordin Rahok (Bersara).

Artikel Berkaitan:

Hasim (kanan) mengiringi Sultan Sallehuddin ketika Majlis Santapan Rejimental Bersama Kolonel Yang Dipertua KPD di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur Ahad lalu.
Hasim (kanan) mengiringi Sultan Sallehuddin ketika Majlis Santapan Rejimental Bersama Kolonel Yang Dipertua KPD di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur Ahad lalu.