15 maut serangan di pos pemeriksaan di Yala

Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand lewat malam tadi.
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian keganasan terbaru di wilayah selatan Thailand lewat malam tadi.
A
A
A

BANGKOK - Sekurang-kurangnya 15 terbunuh dalam insiden berbalas tembakan di pusat pemeriksaan keselamatan di wilayah selatan Thailand lewat malam tadi.

Pihak berkuasa hari ini memaklumkan, empat sukarelawan pertahanan kampung turut cedera dalam kejadian di Yala itu.

"Penyerang turut menggunakan alat letupan dan menabur paku di atas jalan bagi menghalang pihak berkuasa memburu mereka.

"Serangan itu jelas didalangi puak pemisah. Ia adalah serangan paling besar setakat ini," kata jurucakap pasukan keselamatan wilayah, Kolonel Pramote Prom-in.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.

Menurut kumpulan pemerhati keganasan di wilayah selatan, Deep South Watch, pemberontakan puak pemisah di Yala, Pattani dan Narathiwat telah meragut hampir 7,000 nyawa sejak ia dilancarkan pada 2004. - Agensi

Artikel Berkaitan: