Lelaki kelar isteri kerana enggan urut badan

Suspek ditahan di lokap selepas menyerah diri kepada polis.
Suspek ditahan di lokap selepas menyerah diri kepada polis.
A
A
A

PEKAN BARU - Gara-gara enggan melayan permintaan supaya mengurut badan suami, seorang isteri cedera dikelar dengan sabit dalam kejadian di Riau, Indonesia.

Polis berkata, kejadian berlaku di rumah pasangan terbabit di Mentangor, Tenayan Raya kelmarin.

Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 37 tahun dikenali sebagai Radiusman.

"Suspek datang ke balai dan menyerah diri. Suspek mengaku mencederakan isterinya kerana berang dengan layanan dingin mangsa.

"Malah suspek juga mengaku dia dan isterinya kerap bertengkar dan mengesyaki wanita terbabit menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain," kata Jurucakap Polis Pekanbaru, Budhia Adiandha.

Tambah Budhia, pihaknya percaya serangan bermotifkan cemburu.

Sementara itu, mangsa dikenali sebagai Lusi Handayani telah dikejarkan ke Hospital Bhayangkara untuk rawatan lanjut.

Lusi mengalami luka di kepala dan lengan namun kecederaannya tidak mengancam nyawa. - Agensi

Artikel Berkaitan: