Lampard resah situasi Giroud

No Image Caption
A
A
A

PENGURUS Chelsea, Frank Lampard kini dalam dilema untuk memilih penyerang selepas Olivier Giroud dilaporkan akan kembali beraksi dalam saingan Ligue 1 pada Januari depan.

Lampard mengakui bekas pemain Arsenal berusia 33 tahun itu yang tidak menjaringkan sebarang gol sejak Ogos lalu kini bergelut untuk bersaing dengan Tammy Abraham dan Michy Batshuayi dalam merebut tempat kesebelasan utama.

“Chelsea mempunyai tiga penyerang dan saya perlu membuat keputusan memilih yang terbaik setiap kali sebelum perlawanan, jadi saya akui tidak boleh merungut dengan sikap mereka.

“Bagaimanapun, pemain-pemain Chelsea perlu profesional apabila memperkatakan mengenai perkara itu kerana yang lebih penting adalah prestasi kelab biarpun melibatkan negara mereka,” kata Lampard.

Sebelum ini, pengendali Perancis, Didier Deschamps tampil menyarankan Lampard supaya memberikan Giroud lebih minit permainan bagi mengekalkan prestasinya dalam mengetuai jentera serangan Les Bleus.

Pada masa sama, Lampard berkata, beliau sentiasa berbincang dengan pemain-pemain Chelsea yang menyatakan bahawa mereka sudah tidak ingin bersama skuad The Blues itu.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain seandainya ada dalam kalangan mereka menyatakan hasrat tidak mahu lagi menyarung jersi kelab ini.

“Saya sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pemain yang tidak mahu lagi bersama kelab ini. Namun, secara jujurnya ketika ini kami belum sampai ke tahap itu lagi.

Artikel Berkaitan:

“Jadi pada saya ia bukanlah perkara penting yang perlu dibincangkan buat masa ini. Sekarang masa untuk kami memperbaiki prestasi pasukan,” jelasnya.