Laluan Bagan Serai-Selama dibuka semula

Sejumlah RM87,000 diagihkan kepada 500 pelajar pada sat majlis penyampaian yang dirasmikan oleh Abdul Yunus (tengah) hari ini.
Sejumlah RM87,000 diagihkan kepada 500 pelajar pada sat majlis penyampaian yang dirasmikan oleh Abdul Yunus (tengah) hari ini.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Laluan di KM15, Jalan Bagan Serai-Selama yang ditutup sejak 21 Oktober lalu dibuka untuk semua kenderaan semalam.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, laluan sepanjang 1.5 kilometer itu ditutup selama 14 hari kepada kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam 0.6 meter.

Bagaimanapun menurutnya, pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati dengan mematuhi pelan pengurusan trafik (TMP) yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Banjir mulai surut dan jalan tersebut sudah boleh digunakan dan semalam sudah dibuka kepada orang ramai.

"JKR telah memasang papan tanda dan kon keselamatan di lokasi kerana tebing sepanjang jalan itu mempunyai air bertakung. JKR telah mengesahkan jalan itu selamat dilalui," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Zakat Fisabilillah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak peringkat DUN Kuala Kurau di Dewan Serbaguna Tanjung Piandang di sini hari ini.

Seramai 500 pelajar melibatkan 15 sekolah menengah dan rendah menerima zakat berjumlah RM87,000.

Sejumlah RM2.4 juta zakat diperuntukkan TNB untuk diagihkan kepada penerima menerusi projek Baiti Jannati, pendawaian elektrik, baik pulih rumah, institusi agama seperti masjid dan surau serta zakat fisabilillah.

Artikel Berkaitan: