[VIDEO] Dahla menyamar, ragut beg tangan pula

Paparan lelaki yang menyamar sebagai penghantar makanan dan meragut tular di laman sosial.
Paparan lelaki yang menyamar sebagai penghantar makanan dan meragut tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR -[VIDEO]Seorang penunggang motosikal dipercayai menyamar sebagai penghantar makanan meragut beg tangan seorang wanita tular di laman sosial.

Rakaman video berdurasi 25 saat yang dimuat naik di akaun Facebook Info Roadblock JPJ/Polis memaparkan lelaki itu menunggang motosikal dengan memakai pakaian seragam Foodpanda berwarna merah jambu sambil membawa beg penghantar makanan di kawasan Mont Kiara di sini.

Menerusi status Facebook tersebut, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berlaku Jumaat lalu dan lelaki itu mendekati mangsa sebelum meragut.

"Menurut info dari 'rider' Foodpanda, lelaki itu telah mencuri beg Foodpanda berkenaan dan melakukan jenayah samun dan ragut. Dia dikesan bergiat aktif samun di kawasan Hartamas, Mont Kiara dan Segambut," tulisnya.

Insiden itu sedikit sebanyak memberi imej buruk kepada kepada penghantar makanan syarikat tersebut dan video itu ditonton 157,000 netizen.

Rata-rata netizen meninggalkan kecaman kepada penunggang motosikal tersebut dan ada juga yang ‘menasihati’ manga ragut berkenaan supaya lebih berhati-hati dan jangan terlalu cuai.

"Memang busukkan nama 'rider' Foodpanda yang cari makan cara halal kerja tak kira panas hujan siang malam sebab aku pun sendiri rider Foodpanda," tulis Dee Sini Sana.

"Perempuan tu cuai, beg tangan letak kat belah kiri memang senangla kan sauk (ragut), patut letak belah kanan," tulis Avy Lenso.

Artikel Berkaitan:

02Nov2019/KL Rakaman CCTV kes samun/ragut berlaku pagi tadi di Mont Kiara,KL. MO suspek menyamar seperti Rider Foodpanda mendekati mangsa dan samun. Menurut info dari Rider Foodpanda, suspek telah mencuri beg Foodpanda berkenaan dan melakukan jenayah samun/ragut. Suspek dikesan bergiat aktif samun di kawasan Hartamas/Mont Kiara/Segambut.. #