Rakyat Palestin ditembak tanpa sebab dikutuk

Lelaki ditembak tanpa sebab oleh Israel - Foto Instagram eye.on.palestine
Lelaki ditembak tanpa sebab oleh Israel - Foto Instagram eye.on.palestine
A
A
A

TEBING BARAT - Satu rakaman video memaparkan anggota polis menembak seorang lelaki Palestin di sempadan Israel mendapat kecaman daripada netizen.

Video dimuat naik di Instagram eye.on.palestine turut memaparkan lelaki itu rebah setelah ditembak menggunakan peluru keluli bersalut getah ketika berjalan menuju ke Palestin.

Polis di sempadan Israel menahan lelaki Palestin dari Tebing Barat yang datang untuk bekerja di wilayah Palestin yang didudukinya.

Selepas siasatan, dia dibawa ke pusat pemeriksaan untuk kembali ke rumahnya dan ketika lelaki itu berjalan, dia ditembak dari arah belakang hingga rebah.

Meskipun lelaki itu tidak membawa sebarang senjata dan tidak mengancam mereka tetapi polis Israel bertindak kejam menembak mereka sesuka hati.

Pada hantaran sama, netizen, chevyputri berkata, tindakan polis itu sangat kejam dan tidak sepatutnya lelaki itu diperlakukan sedemikian.

"Tidak kira siapa yang betul dan siapa yang salah. Tiada sesiapa yang patut dilayan seperti ini. Jannah untuknya, Amin," katanya.

Kata le_mjd, "Ini adalah sebahagian daripada kekejaman Israel menentang Palestin."

Artikel Berkaitan:

Ujar Amenamia, "Ya ALLAH, lelaki itu tidak bersalah tetapi dibunuh tanpa sebab. Keadilan tiada, nyawa mereka diambil begitu sahaja."