PCB kembali tenang

Hasmi meninjau keadaan PCB, hari ini.
Hasmi meninjau keadaan PCB, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Keadaan ribut Tropika Pabuk yang kini beralih ke Segenting Kra membuatkan pesisir Pantai Cahaya Bulan (PCB) kembali tenang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengunjung mula hadir sejak awal pagi dan peniaga mula beroperasi semula.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hasmi Ghazali ketika ditemui di Menara Pemantau APM PCB berkata, beliau telah membuat pemantauan di Pantai Irama Bachok dan PCB semalam.

Namun katanya, sebarang aktiviti di laut masih tidak dibenarkan disebabkan laut bergelora.

“Saya datang hari ini untuk tinjaun keadaan semasa di PCB dan di sini kita tempatkan empat anggota bertugas. Keadaan cuaca hari ini lebih baik berbanding semalam.

“Kami akan meletakkan anggota bertugas dalam tempoh seminggu ini untuk memantau keadaan di sini terutamanya memantau kawasan 200 meter dari kiri dan kanan menara peninjau,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam laporan Jabatan Meterologi yang dikeluarkan jam 10 pagi tadi menyatakan ribut Tropika Pabuk berada di Teluk Siam dan dijangka merentasi Segenting Kra.

Angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan sehingga malam ini.

Artikel Berkaitan:

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.