Sakitnya, kaki tersepit jeriji longkang

Mangsa terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kakinya tersepit pada jeriji longkang di sekolah.
Mangsa terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kakinya tersepit pada jeriji longkang di sekolah.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di sini, terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas kakinya tersepit pada jeriji longkang di sekolah berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun baru tiba di sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari ketiga persekolahan.

Mangsa dikatakan berjalan di atas jeriji besi longkang, sebelum kaki kirinya termasuk di celah jeriji berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Asree Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas daripada pihak sekolah bagi membantu pelajar itu pada jam 7.10 pagi.

"Seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 diarahkan ke lokasi kejadian.

"Anggota menggunakan peralatan khas untuk merenggangkan jeriji besi dan mengeluarkan kaki mangsa.

"Operasi hanya mengambil masa kira-kira lima minit, sahaja" katanya.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius dan pelajar tersebut meneruskan perseolahannya seperti biasa.

Artikel Berkaitan: