PRK Tanjung Piai: Karmaine sedia lawan lima penjuru

Karmaine (lima dari kanan) ketika Pelancaran Jentera PH dan Sukarelawan P165 Parlimen Tanjung Piai di Pontian semalam.
Karmaine (lima dari kanan) ketika Pelancaran Jentera PH dan Sukarelawan P165 Parlimen Tanjung Piai di Pontian semalam.
A
A
A

PONTIAN - Calon Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Karmaine Sardini, 66, sudah siap sedia berdepan dengan empat calon lain yang dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai 16 November ini.

Karmaine yang juga Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai bagaimanapun kelihatan tenang untuk berdepan lawan terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Beliau juga tidak menunjukkan sebarang kegusaran sebelum menjelang penamaan calon esok.

"Saya sudah bersedia sepenuhnya, mungkin esok ada lima penjuru, " katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Harapan dan Sukarelawan P165 Parlimen Tanjung Piai di Perkarangan Restoran As Salam di sini hari ini.

Jawapan ringkas Karmaine itu juga dilihat seperti memberi bayangan bukan sahaja calon dari parti politik utama tetapi juga timbul kemungkinan akan ada calon bebas.

Sebelum ini, BN mengumumkan calon dari MCA yang juga Ketua Bahagian MCA Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng manakala Gerakan mempertaruhkan peguam, Wendy Subramaniam.

Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) pula mengumumkan Presidennya, Datuk Ir Dr Badhrulhisham Abdul Aziz akan bertanding mewakili parti itu pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Artikel Berkaitan: