X

Kindly register in order to view this article
!

Gerakan gesa SPR lebih adil, tak dilayan dwistandard

Dominic (empat dari kanan) menyempurnakan Majlis Pelancaran Bilik Operasi Pilihanraya Parti Gerakan diiringi Wendy (tiga kiri) di Bandar Pontian hari ini.
A
A

PONTIAN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap lebih adil mengurus perjalanan kempen Pilihan Raya kecil (PRK) Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, sebagai parti yang dianggap 'underdog' dan mempunyai peruntukan dana lebih kecil berbanding Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), beliau berharap Gerakan tidak diberi layanan dwistandard terutama dalam aspek pengurusan bahan kempen pilihan raya.

Beliau mengambil contoh tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak menurunkan beberapa bendera parti itu yang dipasang di bilik gerakan pusat daerah mengundi (PDM) Pekan Nanas di sini baru-baru ini.

"Justeru, kita harap SPR tidak bersikap berat sebelah hanya kerana tidak mempunyai dana besar seperti parti lain," katanya selepas Majlis Pelancaran Bilik Operasi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PRK Tanjung Piai: Wendy Subramaniam calon Gerakan

Turut hadir, calon Gerakan Parlimen Tanjung Piai, Wendy Subramaniam.

Dominic turut berharap penyertaan Gerakan bakal menjadi penggerak referendum alternatif suara rakyat bagi menekan PH supaya menunaikan manifesto pilihan raya lalu selain sebagai suara alternatif rakyat ketiga.

"Sama ada penyertaan MCA dalam PRK menjejaskan peluang Gerakan, kita tidak fikir pun soal itu dan tidak kisah siapa dan berapa ramai calon bertanding kali ini.

"Kita akan ikut persiapan ditetapkan dan selepas itu kita serah kepada pengundi Parlimen Tanjung Piai untuk memberi mandat kepada calon pilihan mereka," katanya.

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

PRK Tanjung Piai dijadual berlangsung 16 November ini manakala penamaan calon ditetapkan esok.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!